Bermula sesi persekolahan 2010, maka bermulanya cabaran baru bg kami warga Prasekolah Pendidikan Khas, SK Taman Inadahpura 1.
Pada tahun ini kami menerima sebanyak 9 tawaran masuk dan seorang murid yag dibawa dari tahun sebelumnya. 10 org murid ini adalah terdiri dari mereka yang menpunyai pelbagai kecacatan. Daripada jumlah 10 org murid, 2 daripadanya mempunyai masalah fizikal dan tidak boleh berjalan, 2 org murid kategori sindrom down, 2 org murid dari kategori hyperactive, 3 org murid mempunyai masalah autisme dan seorg bermasalah pendengaran.
Sesi pengajaran dan pembelajaran juga berlainan. Disebabkan murid yang diterima dari pelbagai kecacatan, guru kelas terpaksa mengajar seorang demi seorang mengikut tahap keupayaan murid. Disini Pembantu Pengurusan Murid ( PPM )memainkan peranan penting untuk mengawal murid lain.
Walau siapa pun anak murid kami, kami akan cuba sedaya upaya untuk membantu mereka...
Bukan la bercita2 untuk menjadikan mereka seorang doktor, tetapi cukup la mereka boleh menguruskan diri sendiri...
Khamis, 4 Mac 2010
Selasa, 2 Februari 2010
Isnin, 1 Februari 2010
Rabu, 23 Disember 2009
aktiviti sepanjang tahun....



Pada tahun 2009 pelbagai aktiviti tlh kami jalankan. Ini juga merupakan aktiviti bersama kelas integrasi pendidikan khas SK Taman Indahpura 1.
Antara xtvt yg dijalankan adalah seperti mengadakan sambutan hari lahir, sambutan hari raya, lawatan sambil belajar ke zoo saleng, dan juga terapi ari di Wet World Batu Pahat.
Tujuan xtvt seumpama ini diadakan adalah bertujuan untuk mendedahkan murid2 pendidikan khas ini kepada persekitaran. Ia juga berupaya untuk mendidik pelajar2 pendidikan khas ini cara untuk berinteraksi dengan orang luar selain daripada guru dan juga pembantu pengurusan murid..
Selasa, 22 Disember 2009
Sejarah Penubuhan Prasekolah (PK) Sk Tmn Indahpura1
Prasekolah pendidikan khas Sk Tmn Indahpura 1 telah ditubuhkan pada 01.01.2008. Kelas ini menerima kemasukan murid seawal 4 tahun sehingga 6 tahun. Diawal penubuhannya, kelas ini hanya menerima seramai 2 org murid sahaja. Mereka ini mempunyai masalah hyperaktif dan masalah pendengaran. Dengan dibimbing oleh seorang guru Pn. Nurul Firdaus Bt Ahmad Dali dan dibantu oleh seorang pembantu pengurusan murid Pn. Elly Mulyana Bt Sapawi,
Pada pertengahan tahun 2008, kelas ini menerima seorang lagi murid bermasalah pembelajaran. menjadikan jumlah murid seramai 3 orang. pada tahun ini kelas ini telah menerima seramai 8 orang murid. Penerimaan kemasukan murid adalah dari pelbagai jenis masalah antaranya sindrom down, hiperaktif, slow learner dan masalah pendengaran...
Langgan:
Catatan (Atom)