SEK.KEB TAMAN INDAHPURA 1, KULAIJAYA, JOHOR..

SEK.KEB TAMAN INDAHPURA 1, KULAIJAYA, JOHOR..

Cari Blog Ini

Selasa, 22 Disember 2009

Sejarah Penubuhan Prasekolah (PK) Sk Tmn Indahpura1












Prasekolah pendidikan khas Sk Tmn Indahpura 1 telah ditubuhkan pada 01.01.2008. Kelas ini menerima kemasukan murid seawal 4 tahun sehingga 6 tahun. Diawal penubuhannya, kelas ini hanya menerima seramai 2 org murid sahaja. Mereka ini mempunyai masalah hyperaktif dan masalah pendengaran. Dengan dibimbing oleh seorang guru Pn. Nurul Firdaus Bt Ahmad Dali dan dibantu oleh seorang pembantu pengurusan murid Pn. Elly Mulyana Bt Sapawi,

Pada pertengahan tahun 2008, kelas ini menerima seorang lagi murid bermasalah pembelajaran. menjadikan jumlah murid seramai 3 orang. pada tahun ini kelas ini telah menerima seramai 8 orang murid. Penerimaan kemasukan murid adalah dari pelbagai jenis masalah antaranya sindrom down, hiperaktif, slow learner dan masalah pendengaran...

3 ulasan:

bakawali berkata...

macam mana nak handle murid hyperaktif.....dan mcm mana nak ajar murid yg slow leaner

PRASEKOLAH (PK) SKIP 1 berkata...

Terima kasih di atas pertanyaan. Saya berharap dapat berkongsi pendekatan mengatasi masalah murid hiperaktif dan slow learner.
Murid hiperaktif - Ketahui kelemahan dan kelebihan murid terlebih dahulu. "Tackle" hati murid dan bertolak ansur dengan memberi peluang kepada mereka untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran. Aktiviti di kelas hendaklah sesuai dengan kesukaan mereka. Sekiranya mereka berjaya melaksanakan tugasan, hendaklah memberi ganjaran walaupun hanya dalam bentuk pujian, bawa murid bermain permainan kesukaan mereka. (dalam kawasan sekolah atau kelas)

Slow learner - Pertama sekali jangan sesekali berputus asa dengan mereka. kerana "slow learner adalah kekurangan yang mereka sendiri tidak pinta. Sediakan bahan p&P yang menarik. Cuba pelbagai kaedah atau pendekatan P&p. Boleh berkongsi idea dengan guru pemulihan dan guru KIA2M di sekolah.

(Mudahan anda berpuas hati dan sekiranya ada kemusykilan, dan kekurangan dari pihak kami,kami berharap BAKAWALi dapat berkongsi pendapat yang lebih baik dengan kami. Terima kasih ........)

Unknown berkata...

assalammualaikom

tahniah....